Baca Juga
Daripada Abu Hurairah R.A bahawasanya baginda Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang
bermaksud:
"Sesungguhnya Allah S.W.T suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Islam yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah.' Adapun menguap itu adalah daripada Syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, Syaitan akan mentertawakannya."
(Hadith Riwayat Imam Bukhari.)
Daripada Abu Said Al-Khudri R.A katanya: Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya Syaitan itu akan masuk (Melalui mulut yang terbuka)."
(Riwayat Imam Muslim)
Daripada Abdullah bin Az-Zubair R.A, katanya: Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah S.W.T membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin."
(Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi.)
Pengajaran daripada maksud Hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:
1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.
3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.
4. Sunat ketika bersin mengucapkan 'Alhamdulillah', dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah.'
5. Sunat mengucapkan Au Zubillah Himinahsyaitan Nirrajim dan mengucapkan Astaghfirullah selepas menguap.

Menguap menurut Islam
4/
5
Oleh
Anonim